Laman Utama
Keahlian
ID Pengguna

Katalaluan



 

KOLEKSI UMUM

Terdiri dari buku-buku dalam pelbagai bidang perkara terutamanya dalam bidang pertanian. Buku-buku disusun di atas rak mengikut nombor panggilan. Koleksi ini ditempatkan di tingkat bawah Perpustakaan.
Koleksi ini boleh dipinjam mengikut kelayakan pegawai/kakitangan MARDI. Bagi pengguna luar, pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pinjaman Antara Perpustakaan.
[Kembali ke Atas]



KOLEKSI BUKU RUJUKAN DAN KOLEKSI PEPERIKSAAN

Koleksi Buku Peperiksaan :
Koleksi ini merupakan bahan-bahan rujukan peperiksaan bagi tujuan pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK). Koleksi ini ditempatkan di tingkat bawah Perpustakaan.

Koleksi Buku Rujukan :
Koleksi rujukan terdiri daripada buku-buku seperti kamus, ensaiklopedia, buku tahunan, manual, direktori dan sebagainya. Bahan ini juga disusun mengikut nombor panggilan dan ditempatkan di tingkat bawah Perpustakaan.
Koleksi-koleksi ini tidak boleh di pinjam dan hanya sebagai rujukan sahaja. Sila hubungi petugas kaunter di Perpustakaan untuk mendapatkan bantuan (samb: 7178).
[Kembali ke Atas]



KOLEKSI Pangkalan DATA ATAS TALIAN

Koleksi Pangkalan Data Atas Talian:
Jurnal dalam talian merupakan perkhidmatan bahan elektronik yang boleh diakses secara dalam talian antaranya ialah:

E-JOURNAL
1. ANNUAL REVIEWS
2. CAB DIRECT:
    AGBIOTECNET
    ANIMAL HEALTH & PRODUCTION COMPENDIUM
    CROP PROTECTION COMPENDIUM
    DISTRIBUTION MAPS PLANT PESTS
    DISTRIBUTION OF FUNGI & BACTERIA
    DISTRIBUTION OF MAP PLANT DISEASES
    CAB ABSTRACT
3. FOODNETBASE
4. NATURE
5. PLANT CELL
6. PLANT PHYSIOLOGY
7. SCDIRECT
8. SPRINGERLINK

E-BOOK:
1. ACTA HORTICULTURAE
2. CABI E-BOOK:
3. EBRARY
4. ELSEVIER E-BOOK
5. IG PUBLISHING
6. KNOVELLIBRARY
 
 
Pengguna boleh membuat pencarian maklumat melalui OPAC.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengguna:

Puan Khadijah Ibrahim
Samb: 1467
Emel: khadijah@mardi.my

[Kembali ke Atas]



KOLEKSI BERSIRI DAN TERBITAN MARDI

BAHAN BERSIRI:
Koleksi bahan bersiri terdiri daripada jurnal-jurnal penyelidikan berkaitan pertanian. Ia merangkumi jurnal-jurnal terkini, kebelakangan dan berjilid yang diperolehi oleh Perpustakaan secara langganan, pertukaran dan hadiah.  Koleksi bahan ini ditempatkan di tingkat satu dan disusun mengikut abjad.

KOLEKSI TERBITAN MARDI :
Koleksi ini terdiri daripada jurnal, laporan, panduan, prosiding dan brosur yang diterbitkan oleh MARDI. Ianya ditempatkan di tingkat bawah Perpustakaan. Hanya bahan tertentu sahaja yang boleh dipinjam bagi kategori koleksi jenis ini.
[Kembali ke Atas]



KOLEKSI THESIS


KOLEKSI THESIS:
Koleksi ini terdiri dari thesis dan disertasi yang ditulis oleh pegawai-pegawai MARDI dan di tempatkan di Bilik Thesis yang terletak di tingkat satu Pusat Ilmu. Pengguna yang ingin merujuk kepada koleksi ini boleh membuat permohonan di kaunter Pusat Ilmu.
Bahan ini hanya untuk rujukan di Pusat Ilmu. Pengguna yang ingin membuat salinan foto perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penulis.

[Kembali ke Atas]