Laman Utama
Keahlian
ID Pengguna

Katalaluan



 


SEJARAH PERPUSTAKAAN

   Perpustakaan Pusat di Ibu Pejabat MARDI di Serdang, Selangor ditubuhkan pada tahun 1972 sejajar dengan penubuhan MARDI, bagi memenuhi keperluan objektif MARDI untuk membangunkan dan mempromosikan teknologi pertanian. Perpustakaan MARDI menyediakan bahan-bahan khususnya dalam bidang pertanian dan yang berkaitan dengannya serta juga bahan-bahan umum yang lain. Perpustakaan memberi perkhidmatan rujukan dan maklumat untuk aktiviti penyelidikan, pengurusan, pentadbiran, pengajaran, pembelajaran dan perundingan serta lain-lain aktiviti. Perkhidmatan dibuka kepada pegawai penyelidik, pegawai dan kakitangan MARDI yang lain serta pengguna luar.

   Disamping Perpustakaan Pusat, perpustakaan-perpustakaan cawangan juga ditubuhkan di stesen-stesen MARDI di seluruh negara, sebagai memenuhi keperluan maklumat di stesen dan pengguna di sekitar kawasan stesen berkenaan. Perpustakaan cawangan hanya boleh ditubuhkan sekiranya stesen terletak jauh dari kawasan Ibu Pejabat.


   Sehingga akhir tahun 2006, Perpustakaan ini mempunyai koleksi sebanyak hampir 41,649 naskah buku dan bahan-bahan penerbitan MARDI, hampir 13,000 bahan terbitan bersiri bercetak, 7 judul pangkalan data jurnal dalam talian, 1 judul pangkalan data buku dalam talian, 109 tajuk CD-Rom, 580 tesis pegawai-pegawai MARDI,  348 bahan-bahan peperiksaan, 56 buah peta, dan 300 keratan akhbar.


   Perpustakaan kini sedang menuju ke arah Perpustakaan Digital, sehubungan dengan itu, usaha sedang giat dijalankan untuk menambah koleksi dan pangkalan data yang boleh dicapai dalam talian, serta projek mendigitkan bahan-bahan bercetak. Semua ini adalah bertujuan untuk memudahkan pegawai-pegawai mendapatkan bahan tanpa perlu ke perpustakaan.
[Kembali ke Atas]



OBJEKTIF, FUNGSI DAN MISI PERPUSTAKAAN

OBJEKTIF

  •   Membangun dan menguruskan koleksi perpustakaan di ibu pejabat MARDI dan stesen-stesen untuk menyokong aktiviti dan program institut.

  •   Menyediakan perkhidmatan maklumat terbaik dalam bidang pertanian dan yang berkaitan dengannya.

  •   Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan, pembelajaran dan penyelidikan.

  •   Mempromosikan penggunaan teknologi maklumat dalam persekitaran perpustakaan.

  • Memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan MARDI dan negara.


FUNGSI:
Memperoleh, membangun, mengurus dan menyediakan pelbagai koleksi serta perkhidmatan maklumat dalam bentuk bercetak, tidak bercetak dan elektronik bagi menyokong aktiviti penyelidikan MARDI.
 


MISI:
Mejadi Perpustakaan penyelidikan yang unggul dengan menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang releven di dalam bidang pertanian tropika dan bidang yang berkaitan dengannya untuk menyokong misi Institut.
[Kembali ke Atas]
 

 

PIAGAM PELANGGAN PERPUSTAKAAN IBU PEJABAT MARDI

Kami kakitangan Perpustakaan berjanji akan:

  1. Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan.

  2. Berusaha memberi maklumat yang relevan, tepat dalam masa yang diperlukan.

  3. Memastikan kemudahan, perkhidmatan dan koleksi Perpustakaan digunakan secara berkesan.

  4. Mengendalikan peminjaman dan pemulangan bahan dalam masa 20 saat bagi satu bahan.

  5. Menyusun semula dengan betul bahan yang dikembalikan dalam masa 1 hari.

  6. Memproses tempahan bahan sedang dalam pinjaman pada hari yang sama.

  7. Memproses permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan dalam tempoh 4 hari, untuk Lembah Klang dan 1 bulan seluruh Malaysia dan 6 bulan untuk luar negara.

  8. Memberi maklumbalas dan maklumat dalam masa 1 hari untuk permohonan perkhidmatan bahan perpustakaan (bercetak dan bukan bercetak).

  9. Memproses salinanfoto dan menyerahkan dokumen salinan dalam masa 1 minit untuk setiap satu salinan dokumen.

  10. Memproses permohonan pembelian bahan dalam masa 1 minggu dari tarikh diterima.

  11. Memproses bahan dalam masa 1 minggu dari tarikh diterima.

  12. Memproses  bahan yang diperlukan segera dalam masa 1 hari.

  • Mengambil tindakan terhadap sistem komputer yang gagal berfungsi dalam masa 1 hari
  • Menyediakan kemudahan awam yang selesa dan bersih.

[Kembali ke Atas]

 

CARTA ORGANISASI

[Kembali ke Atas]


SKOP TUGAS
 

Pengurusan Bahan:

  • Mengurus Perolehan Bahan Monograf dan Media

  • Mengurus Perolehan Bahan Terbitan Bersiri
  • Mengurus Perolehan Bahan Dalam Talian/Elektronik
  • Mengurus Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Monograf dan Media
  • Mengurus Pengindeksan dan Pendgitan Bahan.
  • Mengurus Pemprosesan Bahan Monograf, Media dan Dalam Talian
  • Mengurus Penjilidan Bahan

Perkhidmatan Pengguna:

  • Mengurus Keahlian Perpustakaan Pegawai MARDI dan Pengguna Luar
  • Mengurus Perkhidmatan Sirkulasi
  • Mengurus Pembekalan Dokumen Permohonan Ke Perpustakaan Luar dan permohonan dari Perpustakaan Luar
  • Mengurus Perkhidmatan Rujukan
  • Mengurus Latihan Pengguna dan Pegawai
  • Mengurus Perkhidmatan Rujukan
  • Mengurus Perkhidmatan Pangkalan Data/Bahan Atas Talian
[Kembali ke Atas]

WAKTU PERKHIDMATAN

Isnin-Khamis 08.15 am - 04.45 pm
Jumaat 08.15 am - 12.00 pm
02.45 pm - 04.45 pm
[Kembali ke Atas]