Laman Utama
Keahlian
ID Pengguna

Katalaluan



 


KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Kemudahan yang terdapat di Perpustakaan hanyalah untuk ahli yang berdaftar. Pendaftaran boleh di buat di kaunter Perpustakaan dengan mengisi borang yang disediakan beserta 2 keping gambar. Terdapat dua kategori pengguna iaitu:

1. Kakitangan MARDI
Semua kakitangan MARDI berhak menjadi ahli Perpustakaan.Pengguna berdaftar berhak mendapat kad pinjaman mengikut kategori seperti berikut:

Kumpulan A :
6 buah buku bahan pinjaman biasa
3 buku bahan pinjaman terhad

Kumpulan B :
4 buku bahan bahan pinjaman biasa
2 buku bahan pinjaman terhad

Kumpulan C&D:
3 buah buku pinjaman biasa

Semua pengguna berdaftar layak meminjam 4 buah buku peperiksaan selama sehari semalam.

Pengguna yang hilang kad pinjaman perlu melaporkannya kepada Perpustakaan untuk mendapatkan kad gantian.

2. Pengguna Luar
Perpustakaan MARDI dibuka kepada pelajar, kakitangan kerajaan/badan berkanun dan sektor swasta atau orang perseorangan(petani/pengusaha).

Perkhidmatan yang diberikan hanyalah terhad kepada rujukan dan salinan foto.

Kadar bayaran pendaftaran ialah:
Pelajar - RM10.00 setahun
SektorSwasta/Orang perseorangan - RM50.00 setahun
BadanKerajaan/Berkanun - Perlu mengemukakan surat pengesahan dari majikan.

Pengguna tidak dibenarkan menggunakan Perpustakaan sekiranya kad keahlian telah tamat tempohnya.

[Kembali ke Atas]



PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Terdapat beberapa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan MARDI Antaranya ialah:

  • Akses OPAC
  • Akses Pangkalan Data Dalam Talian
  • Kemudahan rujukan
  • Pinjaman dan Pemulangan Bahan
    • Pinjaman Biasa
    • Pinjaman Terhad
    • Pinjaman Antara Perpustakaan
  • Perkhidmatan Pencarian Maklumat
  • Perkhidmatan Salinan foto
  • Bilik Karel
  • E-library


AKSES OPAC DAN PANGKALAN DATA DALAM TALIAN

AKSES OPAC :
Pengguna boleh mengakses OPAC(Online Public Access Catalog) untuk mendapatkan bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Beberapa terminal OPAC disediakan untuk tujuan tersebut.

AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN :
Pengguna boleh mengakses pangkalan data berkaitan pertanian sama ada melalui PC masing-masing atau datang ke Perpustakaan. Pengaksesan data atas talian adalah untuk tajuk-tajuk jurnal secara full text, maklumat abstract dan CD-Rom.

Buat masa ini perpustakaan melanggan beberapa pangkalan data seperti berikut:

  • ScienceDirect
  • CAB Abstract
  • CAB e-Journals
  • KnovelLibrary(e-book)
  • PlantPhysiology
  • Plant Cell
  • International Journal of Technology Management (IJTM)
  • Online Digital News Paper

Untuk mendapatkan kata laluan sila hubungi Pustakawan, Bahagian Khidmat Pengguna:

Puan Khadijah Ibrahim
Ext: 1467
E-mail: khadijah@mardi.my

[Kembali ke Atas]



PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan. Antaranya seperti berikut:

  • Pinjaman Biasa
  • Pinjaman Terhad
  • Pinjaman Antara Perpustakaan (Sistem Pembekalan Penerbitan)

PINJAMAN BIASA :

  • Bahan-bahan untuk pinjaman biasa terdiri dari koleksi buku umum dan terbitan MARDI.
  • Setiap ahli Perpustakaan berhak meminjam bahan tersebut untuk jangka masa 3 minggu bagi ahli yang berada di sekitar Ibu Pejabat manakala 4 minggu bagi ahli dari stesen-stesen yang lain, dengan menggunakan kad pinjaman yang dibekalkan oleh Perpustakaan.
  • Setiap pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan-bahan yang dipinjam.
  • Pembaharuan pinjaman boleh dibuat dengan menghubungi kaunter Perpustakaan 3 hari sebelum tarikh pemulangan bahan. Pengguna dibenarkan membuat sekali sahaja pembaharuan pinjaman.
  • Pengguna yang tidak memulangkan bahan dalam tempoh satu minggu dari tarikh pemulangan akan didenda pada kadar RM0.20 sehari bagi sebuah buku.
  • Pengguna yang didapati masih belum memulangkan bahan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemulangan akan dikira sebagai telah menghilangkan bahan yang dipinjam. Dengan ini peminjam akan dikenakan denda pada kadar dua(2) kali ganda dari harga bahan asal atau RM50.00 mengikut mana yang lebih tinggi.

PINJAMAN TERHAD :

  • Bahan-bahan untuk pinjaman terhad terdiri dari koleksi Rujukan, Jurnal, Statistik dan Peperiksaan.
  • Kemudahan ini hanya disediakan untuk semua kakitangan kumpulan A dan B sahaja.
  • Jangkamasa pinjaman ialah pinjaman semalaman iaitu:

Waktu Pinjaman : Selepas Jam 3.00ptg (Isnin – Jumaat)
Waktu Pemulangan : SebelumJam10.00(hari bekerja berikutnya)

[Kembali ke Atas]


BILIK KAREL DAN E-LIBRARY

Terdapat 5 buah bilik karel di tingkat satu perpustakaan dan sebuah bilik E-Library di tingkat bawah Perpustakaan. Ia disediakan untuk kegunaan pengguna-pengguna Perpustakaan. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat di kaunter Perpustakaan (samb: 7146). Fungsi bilik karel dan E-Library adalah untuk kemudahan kepada pengguna yang memerlukan keselesaan dari diganggu oleh bunyi bising dan sebagainya, terutama dalam penyediaan kertas kerja dalam penyelidikan.

[Kembali ke Atas]



PERKHIDMATAN PENCARIAN MAKLUMAT DAN SALINAN FOTO

PERKHIDMATAN PENCARIAN MAKLUMAT:
1. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli berdaftar Perpustakaan MARDI.
2. Permohon perlu mengisi Borang Permohonan Bahan/Maklumat dalam dua salinan dan majukan kepada Pegawai di Perkhidmatan Pembaca
3. Pencarian ini terbuka kepada pencarian bahan ataupun pencarian maklumat melalui CD-Rom
4. Perkhidmatan ini dapat membantu para penyelidik khususnya dalam proses pengumpulan maklumat bagi sesuatu penyelidikan atau penulisan.

PERKHIDMATAN SALINAN FOTO :
1. Perkhidmatan ini adalah terbuka kepada semua pengguna yang berdaftar.
2. Kadar yang dikenakan ialah RM0.10 sehelai.
3. Perkhidmatan ini dibuka sepanjang masa Perpustakaan beroperasi.
4. Petugas kaunter akan bersedia memberikan perkhidmatan ini sepanjang masa beroperasi.
5. Segala urusan perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada “Akta Hakcipta 1990”.
6. Bayaran mestilah dibuat secara tunai dan pastikan resit pembayaran diterima

[Kembali ke Atas]